-->
kasihshafiqah:life(happy and sad)
  • Home
  • RAHSIA BULAN LAHIR
  • KARYA SAYA

Tuesday, July 23, 2013

Terima Kasih, Ya Rabbi :)


Assalamualaikum, viewers :)
ade ke? ahaha.. InsyaALLAH adelah tu, walaupun SILENT READER,
Okay, macam yang aku ceghite dalam entry lepas aku dah dapat tawaran masuk uum.
Aku bersyukur, Alhamdulillah sangat-sangat.
Bahagia aku tengok mak ayah happy sebab anak die dapat masuk u. :)
Tapi masalahnya, aku sendiri berhadapan dengan dilema.
Aku tak tau nak pergi ke tak.
Kadang-kadang aku pikir, aku nie jenis manusia yang tak bersyukur.
Yelah, aku merungut sebab dapt u sedangkan kat luar sana ramai kawan-kawan aku yang sedih sbb tak dapat masuk u. Teruknya aku :'(
Huhu, tapi sebenarnya aku bukannya apa.
Selama ni aku juz pikir yang aku akan dapat u area SELANGOR or JOHOR.
Tapi Allah lebih taw, n Dia dah tetapkan rezeki aku kat KEDAH nun.
Jauhnya perjalanan. Bila aku dok merungut ngan orang tntg betapa jauhnya KEDAH,
Nie reaction yg aku dapat;

         " TAKPELAH JAUH PERJALANAN, LUAS PEMANDANGAN"

Aku sedih sebab dapat sana.. Kadang- kadang aku rasa tak adil sampai kena campak kesana.
Aku belajar betul-II sebab nak dapat UKM, yer aku mengharap sangat dapat sane.
Maybe result aku tak sehebat mana, tapi aku rasa result yang ade dengan aku sekarang nie boleh bantu aku dapat sane.
Aku bukannya nak mengutuk UUM tu, takde niat langsung pon..
Aku taknak masuk sne bukan sebab UUM tu dekat kawasan pendalaman or papelah.
Just aku tak pernah duk jauh dari family aku sejauh tu.
Aku takut tak boleh survive jea kat sane nanty. :(
Bayangkanlah, aku pergi kem 2-3 hari kat sekolah aku pon aku dah boleh HOMESICK,
inikan nak g Kedah sampai 5,6 bulan?? wahh, berat 66 tu.
Yup, 5-6 bulan aku kat sane n tak balik Johor.
Sebab mak aku dah cakap, kalau cuti dalam seminggu dua tu, jangan balik..
Nanty penat. Ok mak, dengar tak betapa sadisnya ayat adik disitu?
JANGAN BALIK?? uwaaaaaaaaaaaa
But ape yang mak cakap tu ade betulnya jugak.
Mak tak bagi aku balik sebab perjalanan dari Kedah ke Johor 12 jam tu pasti buat aku penat.
Yelah, separuh hari duduk dalam bas, boleh berkematu punggung aku :P
Then, aku dengan tak malunya tadi pergi survey harga flight. Agak mahal, okay.
Dahlah banyak transit, memang harapan nak kena tinggal flight tu bnyak n tinggi seperti KLCC lha.
HAHAHA. nampak tak betapa poyonya disitu.??
Belum masuk u, dah dok sibok servey harga flight. So what?
Aku anak selatan yg ingin pulang ketempat asalnya.. kalau boleh setiap bulan .
Tapi semua tu dalam mimpi jelah kan.. ? Sebab aku hanya boleh balik dalam 3-4 bulan sekali jea
Sebab duit dalam bank aku tu bukan untuk bayar duit tiket jea. Hmm. Sedey dah.
Takpelah. Merungut banyak-banyak pon dah tak gune.
Aku memang kena pg sane jugak pon..
Redha lha. Allah lebih taw tmpat yang terbaik untuk aku.
Haha. manelah taw leh dapat pkwe Kedah nanty??
NO, NO, NO.. I've been booked by someone already :P
Tak boleh gatal-gatal dah. Sedar diri yer Shafiqah.

Hmm, okay lha.
UUM, wait for me ok.
Nanty aku datang sane.
Pesan kat monyet-monyet tu jangan nak manja-manja sangat dengan aku.

Ok, Bye. Assalamualaikum :)
Posted by kasih shafiqah at 9:41 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, July 19, 2013

TIADA TAJUK. ahahaha


Assalamualaikum w.b.t
Meng’update’ status sementara menunggu waktu berbuka puasa…
Tinggal berapa minit jea lagi. Cepat sikit yer, dah lapar nie. Huhu J
Perut pon dah berbunyi ikut rentak lagu papinka :P hahaha
Drama betull aku nie kan?? So what ? suke haty akulah.

Okay, harini aku nak share ngan korang semua.
Aku ade belajar sesuatu yang baru untuk diri sendiri, which is :

                `               JANGAN MUDAH MENYAYANGI SESEORANG,
                                                KERANA MUDAH UNTUK DIA PERGI DARI HIDUP KITA         ‘

Yer, itu apa yang aku belajar hari ni.
Now, baru aku sedar yang aku ni jenis yang cepat sangat sayang orang..
Tak kira lha lelaki or perempuan. Baru kenal sehari, seminggu, sebulan aku dah sayang.
Aku dah simpan rasa percaya, perasaan ragu-ragu pada diorang ade tapi aku tolak tepi.
Yess, that’s me. Aku bersyukur sebab ada sifat macam tu.
Sesame manusia memang kena sayang-menyayang, betul tak??
But now, aku sedih sebab sifat aku tu dah melemahkan diri aku sendiri.
Rasa sayang yang mudah ada dalam diri aku tu, dah buat aku mudah menangis.
Yelah, mana taknya kadang-kadang aku baru kenal seseorang tu beberapa hari,
Tapi aku dah start sayang, terlalu sayang. Tapi takdelah melebih-lebih  especially ngan lelaki.
Sebab aku ni berstatus `    SINGLE BUT NOT AVAILABLE       ‘
Aku sedih sebab baru jea kawan ngan seseorang beberapa hari, diorang start acuh tak acuh dengan aku.
Waktu bosan diorang cari aku, waktu hepi aku nie duduk dalam poket diorg jea..
Sedeh betol…
So, from now on. Aku berjanji dengan diri aku sendiri !
Aku takkan mudah sayang orang, sebab aku taknak diorang senang-senang tinggalkan aku.
Because I’m human not animal.


So guys, watch out k.. JANGAN MUDAH SAYANG ORANG. 
Posted by kasih shafiqah at 3:38 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, July 18, 2013

UCAP SELAMAT KEMBALI UNTUK DIRI SENDIRI :)


Assalamualaikum, kawan J
Setelah sekian lama menyepi, akhirnya aku kembali..
Haha. Guess what?? Aku terasa agak kaku bukan sikit tapi banyak walaupon menaip di blog sendiri.
Almaklumlah dah lama tak jengah sini, ntah-ntah blog aku ni pon tak kenal sape blogger die.
Sedey betol. 
Blog kau kenal aku lagi kan??
Manusia yang selalu klik kau kalo ada masalah??
Manusia yang selalu luah perasaan kat kau nangis-nangis sambil pegang tisu kesat air mata..??
Manusia yang selalu tulis panjang-panjang tapi bukan untuk post malahan untuk simpan dalam Draft jea..
Still ingat lagi tak??? 
Kalau tak ingat, kau buat-buat ingat jelah sebagai tanda terima kasih kau kat aku sebab dah hias kau       cantik-cantik, pinky-pinky, comel-comel..
Almaklumlah blog, beberapa bulan menjadi wanita bekerjaya menyebabkan aku tak dapat mase langsung untuk membuat senaman jari kat sini. Hamboiii. Bekerjaya ke??? Kau cashier jelah budak.. kahkahkah

Letak tepi lha pasal diri aku yang pernah lupa diri ini. Okay, ayat agak bersepah sebab dua kali perkataan ‘ diri ‘ diulang. LANTAKKKK. Bukannya ade cikgu BM yang baca post aku pon.. kan???
Macam korang taw aku penah cakap dlu yang aku dah start kje kat SAKAN BANDAR PENAWAR lepas aku habis STPM.
Hampir 7 bulan aku kerje dengan situasi yg pelbagai n manusia yg bnyk kerenah.. OMG.
Tak tahan okeyy… mula-mula nak bertahan lebih lama tapi tak boleh jugak. Aku bukan seorang yg PENYABAR.
Akhirnya aku amik keputusan untuk berhenti kerje dan dengan bangganya memegang status
‘ PENGANGGUR TERHORMAT ‘ .. My pleasure :P
Just stay at home 24/7 n spent much time in front of my television n lappy. Like a lady boss.
Tapi kenapa aku berhenti keje erkk?? Haaa, rahsia…
Biarlah ALLAH, aku dan mereka-mereka sahaja yg taw… bulan puasa tak baik ngumpat.
Insaf… J

Now, beralih pada cerita lain.
Yang nie kena ade tisu kat sebelah aku. Serius sedih gila. L
Sampai sekarang rasa tak redha lagi.
Okay, Macam budak-budak satu MALAYSIA ni taw selain video ‘ budak kapel seminggu ‘  yang keluar bulan JULY nie, keputusan UPU jugak keluar bulan ni. Alhamdulillah,aku dapat.
Berbekalkan pointer aku tu, aku diterima masuk ke UNIVERSITI UTARA MALAYSIA.
Kos PENTADBIRAN PERNIAGAAN. Hmm, okay.. aku bersyukur sebab dapat masuk universiti. J
Itu harapan mak bapak aku selama nie, so bila aku dapat tunaikan impian diorang nak tengok anak-anak masuk u,
Aku harap ayah aku tak rasa sia-sia setiap hari hantar aku pergi sekolah dari aku sekolah tadika sampailah aku STPM..
Aku harap mak aku tak rasa sia-sia setiap hari bangun pukul 4 pagi untuk pastikan anak-anak die ada sarapan untuk dimakan sebelum pergi sekolah.
Aku harap sangat-sangat takde rasa sia-sia dalam diri diorang sebab dah lahirkan aku kat dunia ini. INSYAALLAH.
Tapi Sintok, Kedah dengan Kota Tinggi, Johor… can all of u imagine how far it is???
Hampir 8-9 jam naik kerete n about 12 hrs kalo naik bas..
Memang betul-betul dari Selatan ke Utara nie.
Aku tak pernah lagi berpisah ngan family aku sejauh tu.. Bole ke aku jd independent kat sne??
Mesti aku rindu separuh mati ngan mak, ayah n smuanya… uwaaa,, rasa nak nngis jea…
Knpelah jauh sgt..?? Dekat-dekat sikit takboleh ke???
Sedih nak tinggalkan mak yg slalu jd tmpat aku luah perasaan.
Sedih nak tinggalkan ayah yg slalu gaduh ngan aku pasal tv.
Sedih nak tinggalkan abg yg slalu gaduh ngan aku pasal bende-bende kecik.
Sedih nak tinggalkan bilik aku yg slalu jd saksi airmata aku mengalir.
Sedih nak tinggalkan semuanya…… ohmiii
Yang mak ni pon satu, awal-awal dah cakap jangan balik kalau cuti sekejap jea…
Means taon ni aku beraya kurban dekat KEDAH la weiii… uwaaaaaaaaaaaaaaa
Huhuhuhu …Pasni aku kenalah cari pakwe orang Kedah.
Hahaa.. tengok, dah simpan niat nak cari pakwe kat sane
Tengah sedih-sedih pon mood menggatal still ada..
SHAFIQAH, SHAFIQAH…

K la, mata dah layu. Bantal dah memanggil. Tv dah pnat bersiaran. Lappy dah bosan menggadap muka aku.
Out dulu. insyaALLAH esok kalau esok rajin aku update cite lain.

Okay, WSALAM J


Posted by kasih shafiqah at 12:39 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, December 8, 2012

JALAN-JALAN vc PENGALAMAN PERTAMA


Assalamualaikum…
Haaa,korang taw kan aku dah habis paper 5 DISEMBER 2012 (rabu)…
So,esoknya aku dengan merengnya terus pergi cari keje…
Cari banyak tempat,semua tak dapat..
Last-last test market kat tempat keje lama ( SAKAN BANDAR PENAWAR )…
Masa interview tu,manager diorang ngah rehat..so,aku rasa macam takdapat lha kan…
Coz,kebiasaanya,kalo bukan manager or assistant manager yang interview…
Memang ada satu makna je… “tak diterima”
Sekali masa aku ngah sibuk potpet-potpet ngan kawan aku,ada call masuk…
Nombor tak dikenali..rasa hati macam nak wat bodoh je…
Tapi bila dah banyak kali call,aku angkat…
Dari manager sakan,nama dia akak ain…
Dia cakap aku diterima bekerja n suruh aku start esoknya ( JUMAAT )…
Tapi aku cakap,aku nak start ISNIN…
Masih nak menikmati kebebasan dari STPM kott..kikiki…
Balik uma,aku terus mesej sepupu aku…
Sebab aku ngan die da lame plan nak jalan-jalan kat bandar,g tengok wayang semua….
Aku bagitaw die yang plan nak g bandar tu kena cancel sbb aku dah start keje isnin nanti…
Last-last die ajak aku g hari JUMAAT tu…terkejut jugak sbb unplaned..
Aku setuju jelah,sbb da janji nak keluar dengan die…
Kitorang naik bas kul 10.30 a.m ,sampai sana dalam pukul 11.30 a.m …
Sangat best sebab tak ramai orang,so takpayah nak berebut-rebut naik bas..
Turun bas,g jalan-jalan kat PLAZA KOTA TINGGI…
Tempat pertama yang dituju oleh sepupu aku adalah TOILET…haha
Die tahan 1 jam… terbaik tak???
Lepas die melepaskan segala benda yang dihajatkan kitorang g jalan-jalan dalam plaza tu dulu…
Pastu aku nampak,ada satu kedai ni jual bendealah yang dah lama aku nak…
Tapi tak tau nak cari kat mana…
Haaa,nilah bendanya.. J


dulu henset aku kosong sangat...takde pape benda yang menCANTIKkan die..bila dah ada benda ni,nampak comel sikit henset aku...bendealah nie total RM12.00..agak mahal,tapi aku suka...kiki...

lepas bende ni dah siap,kitorang g makan kat MCD..sambil makan,sambil amik gambar...baru seghonok :)


me yang kat atas...yang bawah tu my cezen...isi perut dulu sebelum memulakan jelajah..
lepas habis makan,kitorang gerak g KIPMART KOTA TINGGI..nak solat zuhur kat sane..
masa otw pegi MBO tu,jumpe kawan lama..die tegur,tapi aku ingat-ingat lupa...
last-last baru aku ingat.. sejarah silam rupanya..hahaha...jejak kasih plak aku ngan die nanti...
sampai MBO,terus cari cinema...first time aku tgok cinema setelah 19tahun nie...
pengalaman pertama tengok wayang,siap amik gambar tiket lagi..berdekah :D


tengok cite lagenda budak setan 2...cuma ada 10 orang je dalam tu...disebabkan filem tu agak membosankan bagi aku,aku terpaksa tidur dengan jayanya..hahaha...habis cite ni,kitorang g jalan kat tempat lain...ni antara barang yang aku beli...


minyak wangi ENCHANTEUR LOVE...harga promosi RM22.90..bau dia wangi,nama pon minyak wangi kan...kiki


yang ke-2 ni tudung warna krim...murah je RM20.00..al-maklumlah jalan-jalan tanpa mak ayah nie,kena save sikit...bajet pon tak berapa nak ada...hehe...

lpas habis beli semua barang nie,kitorang gerak balik...smpai uma dalam pukul 7.30 p.m , agak penat tapi seronok..dah malam tu rasa kaki macam bengkak,bisa,sakit...hahhaa..but, its okey ...
pengalaman kan...papepon memang enjoy

Posted by kasih shafiqah at 9:12 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

MERDEKA DARI STPM !!


Assalamualaikum…
Yeay..alhamdulillah,akhirnya da habis STPM…
Aku start paper 19 NOVEMBER 2012 utk paper pengajian perniagaan 2 n
habis pada 5 DISEMBER 2012 utk paper pengajian am 1 and ekonomi 2…
serius rasa lega + gembira… akhirnya aku dah boleh tido lena…
takpayah nak tido lambat sebab nak baca buku…
almaklumlah,aku ni memang manusia yang suka baca “last minute”…
bukannya ape,aku dah penah try baca buku awal-awal,last sekali aku lupa semua yang aku baca…
haissshh,sedih taw tak bile  da baca banyak-banyak tapi lupa…
banyak makan semut agaknya :P
tapi takpe,sekurang-kurangnya aku ada usaha untuk baca balik apa yang aku lupa…
aku dah berusaha,sekarang ni aku kena berdoa and tawakal je pada ALLAH…
result baik ke tak,itu semua kehendak ALLAH…
DIA taw apa yang terbaik untuk aku…insyaALLAH…
Soalan STPM tahun ni ada yang senang and ada yang susah..
Yang senang tu senang sangat (bukan berlagak),
tapi bila da sampai yang susah tu memang hampeh rasanya…
aku rasa soalan yang paling susah ialah PENGAJIAN PERNIAGAAN 2…
tengok soalan no.2 je aku dah tergamam…
haishh,kenapalah keluar soalan yang pelik-pelik macamtu…
harap-harap graf untuk subjek tu turun…AMIN….
Okey,pada korang yang ngah baca entry ni,nak mintak tolong sangat-sangat…
Doakan kejayaan aku dan pelajar-pelajar yang mengambil STPM 2012…
Semoga kami Berjaya dengan cemerlang J
Kepada kawan-kawan 6 A.BUKHARI(2012)…aku akan rindu korang sangat-sangat..
Especially budak yang duduk jauh-jauh tu…
Rindu nak gaduh ngan korang sebenarnya….
I LOVE ALL OF U…
Muahhhh,muahhhh














Posted by kasih shafiqah at 8:40 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

KONVOKESYEN SMK BANDAR MAS

Assalamualaikum...
kiki..harinie da rajin sikit nak meng-update blog usang ni...
(wah,mengutuk blog sndiri nampak)
rase macam da lama tak tengok blog sendiri..
sokey lha kan sbb blog aku ni special..
aku post,aku baca...kira,ada hikmah jugaklah kan jadi blogger tak popular langsung nie..?
seperti dekad2 yang sebelum nie lha kan..
bile da lama takmunncul,memang banyak lha aku nak story-morry...
tunggu jelah k..
untuk entry nie,aku nak story pasal majlis konvokesyen budak-budak spm n stpm SMK BANDAR MAS..
okey,majlis konvokesyen kitorang diadakan pada 1 NOVEMBER 2012 (KHAMIS)...
n kitorang diminta untuk menjalankan raptai bagi majlis tersebut pada 31 OKTOBER 2012...
taknak banyak cakap,sebab takut makin jauh aku melalut..
so,enjoy the picture   :)

nie gambar mak cik temah masa raptai...
ada jerawat dihidung,mintak kerjasama jangan di'ZOOM jerawat tu

antara budak-budak laki 6AB..
left to right : amirul,yus izwan n anuar

okay,yang baju kuning tu budak paling kecik dalam 6AB...
kecik-kecik cili padi wooooo

see,see...
budak lelaki nielah yang jatuhkan aku dalam longkang...
hehe..kenangan yang takboleh dilupakan...

me wif one of my bestfriend,NANA

terpaksa memrendahkan diri agar gambar kelihatan seimbang..

mencuba untuk kelihatan sangat sopan...
jadi tak???

try wat muka comel menggunakan meja....

pelajar 6 ATAS BUKHARI ( 2012 )

mesti rindu kat korang nanti..

doakan kejayaan saya dalam STPM 2012...
NURUL SHAFIQAH BINTI HAMIDON 
:)



Posted by kasih shafiqah at 7:49 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, October 27, 2012

TAHNIAH ABG SHAFIQUE...

Assalamualaikum,selamat pagi pembaca...
wahh,PEMBACA...see-see,padahal aku sorang je kot yang bace bendealah nie...
like before,i'm the one yang tulis entry-II kat sini,n aku jugaklah yang bace...
almaklumlah,cerita tak sehebat HANIS ZALIKHA,gaya penulisan tak sematang AIMIE HARMELIA...
aku redha... (tangan ke bahu,mata ke atas)
AMBOIIIII,cukup-cukup mengutuk diri ini..hihi
okayy,done...know what...hrinie aku nak cerita pasal abg aku @ si buncit aku tu...
kikiki...hebat tak kau abg???entry pasal kau sorang je..tapi xpe...
badan kau gemok,nak kongsi satu entry ni ramai-II xmuat..kahkah...
(thinking:pas kau bace entry nie,mesti kau tumbuk aku sbb pnggil kau gemok kat tmpat awam)

ADA  AKU  KESAH????

okay,today aku nak ceghite pasal abang aku yang diberikan nama;
SHAHRUL SHAFIQUE BIN HAMIDON...
(yang titik-titik kat belakang tu bukan name die yer kawan-kawan..aku bgtaw je,
kot-II korang nak loyar buruk ngan aku)
ok,continue....
abg aku ni baru je graduate dari UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA pada 22/10/12...
die graduate sebagai INSAN TAK BERDUIT...hahaha..(agak jahat)
TAHNIAH la yer sbb dah takpayah nak perah-perah otak ngadap buku...
tapi aku agak geram dengan kau yang slalu ngambing aku sebab tak habis blaja lg...
nak war cmne mok,kau kluar dulu dari perut mak,bknnya aku...
so,kau jangan nak mempersoalkan bendealah tu...

okay,dah malas nak ceghite panjang-panjang,
aku ada amik gambar mse kat sane..
let's the picture story...
hamboiiii,speaking mak ngah...


ni bahagian depan pentas tu...agak ringkas tapi cntik...seat aku ngan 
fmly kat bhgian kiri pentas... 

mahasiwa dan mahasiswa bjalan masuk ke dalam dewan :)

tengok tu..?ramai tak orang..ni baru sebahagian je k :)


okey...mse ni da mula sesi pnyampaian ijazah kpd smua 
mahasiswa & mahasiswi

buy this 4 my brother...not so expansive but it's 
so valuable..

mom wif my future sister-in-law....wink2
ig GOD wills it

okey...that guy is the one yang graduate;
SHAHRUL SHAFIQUE...

abang with his flower n apebende aku nak panggil tu ekkk??
GOOGLE...GOOGLE

atok kesayangan kami :)

PUTRAJAYA

gambar aku yang tak semegah 

entry habis :)


Posted by kasih shafiqah at 8:07 PM 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)



PUKUL BERAPA SEKARANG!!!!


My photo
kasih shafiqah
nama sbnr aq nurul shafiqah,,aq gne nme kasih shafiqah sbb shafiqah itu b'erti pgasih...aq dlhirkn pd 19-03-93...aq xcntik mcm korg,so what?sbb aq wat blog ni is nk share dgn korg smua tntg bnda2 yg tjadi dlm hdup aq..hope korg enjoy yer!!!
View my complete profile

MAKNA NAMA SAYA

NURUL SHAFIQAH
NNaif
UUntung
RRamah
UUlung
LLemah-lembut
SSuci
HHarum
AAmanah
FFleksibel
IIkhlas
QQualiti
AAlim
HHarum
Apa ada pada nama?

{。^◕‿◕^。}KAWAN-SAMPAI-MATI-SAYA{。^◕‿◕^。}

◕ ‿-。NADWA SYAFIQAH BINTI ISMAIL

◕ ‿-。NUR ATIQAH BINTI MOHD RAFI

◕ ‿-。FIRZATUL NADZIRAH BINTI HAMIDI

◕ ‿-。NUR SUAIDAH BINTI ABDULLAH

◕ ‿-。NURUL AIN NAZURAH BINTI RAMLI

◕ ‿-。SYHARAIN NAZWA BINTI M.NASIR

◕ ‿-。NURUL AIN BINTI ZULKIFLY

◕ ‿-。SITI FATIMAH ZAHRAH

◕ ‿-。NURUL LIYANA BT RASHID

♥SAYANG♥ KORANG♥ SAMPAI♥ BILE-BILE♥

Sape syg,msti follow...


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Search This Blog

Labels

  • kasih shafiqah (2)
Travel theme. Powered by Blogger.