Thursday, August 2, 2012
DUGAAN :-(
Assalamualaikum,,,salam ramadhan yer pembaca semua..harap ibadah puasa kita diberkati oleh-NYA..sama-sama kita menjalani ibadah puasa dengan penuh keikhlasan..insyaALLAH..okey,beralih pada tajuk entry kali ni...saya percaya setiap orang mesti pernah melalui dugaan bukan?sama ada besar atau kecil sesuatu dugaan tu,semuanya ada jalan penyelesaiannya tersendiri...dan setiap dugaan yang diberi oleh ALLAH S.W.T hanyalah kepada hamba-hambanya yang kuat dan mampu melalui dugaan tersebut...dan setiap dugaan tu juga pasti diiringi dengan dua tangisan..tangisan kesedihan kerana tidak sanggup menjalani dugaan tersebut( mungkin dugaan yang menimpa dirasakan berat baginya ) , dan juga tangisan kegembiraan kerana sudah berjaya melalui dugaan yang diberikan.. bagaimana kita menghadapi dugaan tersebut adalah bergantung kepada setiap individu.. sesetengah individu sabar menjalani dugaan kerana mereka menganggap dugaan tersebut mendewasakan mereka dan ada juga individu yang menganggap dugaan sebagai sesuatu yang melemahkan mereka... kepada mereka yang sedang menjalani ujian daripada ALLAH S.W.T pada saat entry ini ditulis dan pada saat anda membaca entry ini, anda haruslah bersyukur kerana ALLAH S.W.T memberikan ujian kepada anda ... ujian inilah yang akan mendewasakan anda semua,ujian inilah yang akaan menjadikan insan yang tabah,ujian inilah yang akan menjadikan anda lebih bersedia untuk menghadapi masa hadapan...selalu kita bertanya kepada ALLAH S.W.T "Ya Allah,mengapa begitu berat ujian yang kau berikan pada hamba-MU ini ya Allah... Aku tidak sanggup dan tidak mampu melaluinya "...anda salah wahai pembaca,jika anda beranggapan bahawa ujian yang menimpa anda adalah berat,tanpa anda sedar masih ramai lagi insan yang mendapat ujian lebih berat dari anda...jika anda beranggapan bahwa anda tidak layak dan tidak mampu untuk melalui sesuatu dugaan yang ALLAH S.W.T berikan,anda sedang melawan ketentuan ALLAH S.W.T...ingat janji ALLAH S.W.T "SETIAP DUGAAN YANG DITURUNKAN HANYALAH UNTUK HAMBA-HAMBAKU YANG MAMPU MELALUINYA"..justeru,takde sebab untuk anda berkata anda tidak layak menanggung dugaan yang sedang anda tempuhi... bersyukurlah bila anda mendapat dugaan dari ALLAH S.W.T kerana itu tandanya DIA sayang dan ingatkan anda...Mengapa saya berkata begitu??cuba anda berfikir balik,bila anda mendapat sesuatu dugaan siapa yang akan anda cari untuk berkongsi masalah,meluah masalah dan yang lebih penting pada siapa anda akan meminta pertolongan...???? ya pembaca , DIA YANG MAHA AGUNG..ALLAH..secara tidak langsung dugaan tersebut mendekatkan kita kepada PENCIPTA kita.. kita selalu berdoa memohon pertolongan daripadanya...dan setiap doa yang dipanjatkan kepada-NYA adalah ibadah :) dan tidakkah anda terfikir??kadang-kadang ALLAH S.W.T memberikan dugaan kepada seseorang insan tu sebab DIA rasa yang insan tu dah makin jauh dengannya..? so,salah satu cara untuk mendekatkan diri insan tu dengan DIA adalah dengan memberikan dugaan.. pembaca semua,jangan selalu memandang dugaan dengan sisi yang negatif sebab banyak juga kebaikan yang boleh kita perolehi dalam menjalani dugaan... insyaALLAH,jika kita sabar tenang ikhlas dalam menjalani dugaan kita akan memperoleh pertolongan dan keberkatan daripadaNYA...amin... wassalam.. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment